CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 7, 2010

:: tanda2 LELAKI penyayang ::




Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
Perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
Tiba2 menjadi selembut kapas.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
Nyata kamu tidak silap memilih teman hidup.
Situasi ini terang2an sudah menjelaskan perkara sebenar.
Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka2 ataupun untuk mengambil kesempatan,
tetapi atas dasar cinta yang sebenar.
Betapa beruntungnya kamu.



Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa bt hatimu senang dan terhibur,
Itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.
Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk diKENANG.

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu.
Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang, maka mcm2 akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.
Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbalaoi!



Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak2 kecil semata2 untuk mendapat perhatian daripadamu.
Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.
Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
Jangan pula kamu menyangka manjanya itu mengada2.
Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu.
Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.
BERUNTUNGNYA !





Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu2 tempat untuk jangka masa yang agak lama.
Tiba2 dia jadi menggelabah dan tidak menentu.
Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
‘you masih sayang i?’ ,
Jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan.
Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang2 agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya,
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.
Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.




Manusia tidak ada yang sempurna,
Samalah juga teman lelaki kamu,
Tak lari dari membuat silap dan kadang2 buat kamu kecik ati,
Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia.
Berilah dia masa untuk berubah.
Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakn kamu,
Itu satu perkara yang baik.
Janganlah kamu cari pengganti dia semata2 kamu kecik hati dengan kesalahan dia.
Dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.
Apa sahaja yang dilakukan semata2 untukmu.
Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.
Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya.
Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.



Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,
Alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pulak mcm mana?
Adakah kamu itu tak pernah buat silap?
Kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalu tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.



Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keIKHLASan hati dia,
Itu lebih baik . dan ikhlas itu tak boleh dilihat,
Tapi boleh dirasa dengan HATI


perasaan : sangat teruja , sorry for evertyhing i hurt u

0 comments: